Sam Walton merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di dunia yang
berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan pengasas perniagaan gudang
membeli belah Wal-Mart.
Perniagaannya ini tersenarai sebagai syarikat umum ketiga terbesar di dunia menurut Fortune 500 Global pada tahun 2012.
Jumlah kekayaan yang ditinggalkan Walton ketika meninggal dunia pada
tahun 1992 hampir $25 billion USD. Dan sehingga sekarang Wal-Mart
memiliki 8,500 gudang di 15 negara di bawah nama yang berbeza-beza.
Berdasarkan kejayaan inilah membuatkan Walton dapat mengongsikan
formulanya dengan para usahawan muda bagi membangunkan perniagaan yang
berjaya.
Berikut merupakan sepuluh panduan yang menjadi inspirasi Sam Walton untuk membangunkan perniagaan yang berjaya:
1. Sentiasa Komited Dalam Perniagaan
Sekiranya anda sentiasa komited dalam perniagaan, saya yakin anda akan
menghampiri kejayaan. Selain daripada itu, anda harus menyukai apa yang
sedang anda lakukan sekarang dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam
perniagaan tersebut.
2. Bahagikan Keuntungan Anda dengan Rakan Sekerja, dan Anggaplah Mereka Sebagai Rakan Kongsi
Apabila anda membahagikan keuntungan dengan rakan sekerja dan menganggap
mereka sebagai rakan kongsi, ini akan menaikkan semangat mereka untuk
berusaha mencapai lebih daripada target yang ditetapkan. Yang paling
penting, anda dapat mengawal kerja dari rakan perniagaan supaya sentiasa
bersemangat melakukan kerja.
3. Motivasikan Rakan Sekerja Anda
Mengongsikan keuntungan dengan rakan sekerja, boleh dikataka tidak
mencukupi. Berikan motivasi kepada para pekerja anda untuk meningkatkan
daya saing dalam perniagaan. Jika perlu berikan cabaran yang mampu
mencabar kebolehan pekerja anda agar perniagaan dapat dijalankan dengan
lebih bersemangat lagi.
4. Sentiasa Berkomunikasi dengan pekerja anda
Aliran maklumat adalah salah satu perkara penting dalam sesebuah
perniagaan. Maklumat yang berkenaan perlu dikongsi sesama perkerja.
Semakin banyak yang mereka tahu, semakin faham mereka dalam mengerjakan
tugas. Semakin mereka faham, maka semakin mereka mengenali kehendak
anda. Melalui pemahaman ini, mereka akan menjadi lebih taat dalam
menjalankan tugas. Ini merupakan salah satu faedah daripaha komunikasi
yang kerap dengan para pekerja.
5. Hargailah Rakan Sekerja Anda
Menghargai rakan kerja adalah suatu perkara yang harus diutamakan para
pemilik perniagaan. Ini kerana menghargai rakan sekerja salah satu cara
untuk membangunkan perniagaan yang berjalan lancar.
6. Raikan Kejayaan Anda
Meraikan kejayaan adalah titik awal dalam meraih keberhasilan, apatah
lagi meraikan kejayaan besama dengan rakan sekerja yang turut
menambahkan nilai perniagaan anda.
7. Cuba Dapatkan Pendapat Baik dan Buruk Daripada Pekerja
Jika anda berada dalam perniagaan retailer, dan melibatkan pekerja
barisan hadapan (front-liner) khidmat pelanggan, tanyakan mereka apakah
pendapat/aduan yang diterima daripada para pelanggan, tidak kiralah
aduan negative mahupun positif. Selain daripada itu, minta pendapat
mereka tentang bagaimana perniagaan boleh diperkembangkan.
8. Memuaskan Hati Pelanggan
Banyak perkara dapat dilakukan bagi mejaga hati pelanggan, salah satunya
adalah perkhidmatan yang baik dan memuaskan. Jika anda mampu berbuat
demikian, mereka akan sentiasa dating kembali. Selain itu, cuba penuhi
kehendak mereka seperti program diskaun dan sebagainya. Wal-Mart
mempunyai slogan yang penting berkenaan dengan memuaskan hati pelanggan
iaitu,‘Kepuasan Dijamin’.
9. Harus mampu mengendalikan pembiayaan keluaran dan lebih baik dari kompetitor
Selama dua puluh tahun beroperasi, Wal-Mart tersenarai di tangga pertama
dalam industri retailer yang memiliki nisbah terendah daripada kos
pengeluaran. Sentiasa cuba untuk mencapai keunggulan dalam mengekalkan
persaingan dari segi kos pengeluaran. Satu cara adalah dengan
menjalankan kerja dengan efisyen.
10. Cuba terokai idea yang berlainan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan