Dengan bermodalkan wang
sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar
jutawan.
MELIHAT dari segi
luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang
berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah
seorang jutawan .
tidak ramai yang
mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan
dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat
teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.
Selaku seorang pereka system
multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system
pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000
buah sekolah di Britain.
Namun , Irfan nyata tidak puas
dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang
internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun
1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang
begitu muda.
‘Perjalanan untuk mencari satu
juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM]
dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih
kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan
pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,’Katanya.
Sejak itu, Irfan cuba
mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya.
Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan
banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai
pereka .
Perniagaan internetnya yang
melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web,
grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel,
perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.
‘Internet adalah cara saya
mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun
lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’
jelas Irfan secara jujur.
Perkhidmatannya digunakan oleh
lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat ,
Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.
Menurut Irfan, dia memang
seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang
jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.
‘Saya membaca kisah-kisah
kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya
saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya
memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.’katanya yang
hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.
Namun, Irfan melihat kejayaannya
itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika
kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.
Menurut Irfan lagi, seseorang
boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan
ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu
bidang itu.
Pendidikan atau pengetahuan ini
penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita
sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi.
Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik
Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV .
juga menyatakan bahawa masih
banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.
‘Misalnya, sebelum ini di
Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program
seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi
suatu perkara yang unik.
Di Malaysia banyak lagi
jurang dalam pemasaran. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan
berjaya,’ katanya
sumber: http://www.rahsiainternet.com/media/kosmo.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan