Surat terbuka untuk kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang keusahawan....
Kepada :
Seluruh Rakan-Rakan Seperjuangan Yang ingin mengubah
persepsi hidup.
Salam keusahawan,
Kepada saudara-saudari yang berada diluar sana, saya ingin memberitahu
anda dan diri saya untuk mencuba membuka lembaran baru dalam hidup kita.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai kemahuan yang luar biasa, tentulah
kita sentiasa dahagakan perkara baru, yang lebih baik, dan dapat
memberi kepuasan kepada diri sendiri. Bidang usahawan adalah perkara
yang telah lama diceburi oleh umat manusia, samada sedar atau tidak kita
sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak sendiri atau komuniti dengan
pelbagai cara. Kita dilahirkan untuk berusaha dan begitulah keadaannya
dari lahir hingga ajal mendatang, dan hasil dripada usaha itu, adalah
terpulang kepada Allah untuk memakbulkannya.
Yang lebih penting adalah kemahuan untuk mengubah nasib diri, manusia
telah berusaha untuk mencapai impiannya. Sesetengah manusia, mempunyai
daya untuk memikirkan sesuatu yang tidak dijangkau oleh manusia lain,
memikirkan cara , pemikiran untuk mengubah dunia seperti yang ada
dihadapan kita sekarang. Pemikiran ini telah menjana idea-idea baru ini
bukan sahaja menyenangkan manusia malah ada juga yang menjahanamkan
manusia demi untuk mencapai kepuasan diri dan keuntungan material.
Saya ingin mengajak kepada saudara-saudari sekelian dan diri saya, agar
dapat meneliti bidang keusahawan sebagai satu cara untuk memenuhi
kehendak hidup yang pastinya mencabar tetapi membawa suatu kepuasan dan
pulangan yang lebih baik dari sekarang.
Berikut adalah cubaan saya sedikit penerangan tentang keusahawan :
Apa itu keusahawanan?
Jika kita mendengar perkataan keusahawan pastinya kita akan merasa jauh
sekali, dan apa yang yang bermain di dalam minda kita adalah hidup
didalam kesukaran untuk berniaga, sukar untuk mendapatkan pinjaman,
hidup diburu kreditor, dan peliknya akan muncul di ruang minda kita Bill
Gate (What the bell!!!)
Pengertian Usahawan,
Siapakah Usahawan?
Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini.
Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru
(innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free
enterprise”.
Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu
keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan
pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan
sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea
yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu
untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di
dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan
ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan
teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses
perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan
kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama
kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta
keuntungan.”
Dengan kata mudah usahawan adalah sesiapa sahaja yang mempunyai idea
untuk membuat,mengubah, memperbaiki sesuatu (yang mungkin sahaja idea
ringkas tetapi sangat berkesan) dan daripada idea itu dia berusaha
mencari peluang yang ada dan menggunakan sumber yang terhad untuk
menjadikan idea tersebut menjadi realiti.
Untuk menjadi usahawan, perkara berikut mestilah dipenuhi :
- Keinginan yang kuat untuk menjadi usahawan.
- inovatif
- kreatif
- tabah, istiqomah, berusaha kuat.
- Bijak mengurus risiko.
- Focus kepada kualiti produk dan keperluan pelanggan
- Bijak menghidu peluang
- Yakin diri
- Bijak berkomunikasi
- Jangan jadikan duit sebagai motivasi utama, itu akan menyebabkan kekangan dikemudian hari.
Proses untuk Menjadi Usahawan
Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi usahawan :
- Membuat keputusan untuk menjadi usahawan
- Menjelajahi idea
- Tranformasi idea kepada realiti
- Pengurusan perkembangan firma.
Peluang
Peluang ialah satu
keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada
seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang
biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan
tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat
mencekup peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut
akan terlepas ke tangan orang lain. Yang pastinya dalam setiap keadaan
pastinya masih
terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh
memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan, cuma persoaalannya,
bagaimana mahu mengenalpasti.
Berikut adalah
contoh-contoh bagaiamana untuk melihat peluang yang ada di sekitar kita.
Saya ingin mengupas dengan cara yang ringkas dan contoh-contoh mudah.
Daya Fikiran
Daya pemilkiran
manusia adalah agak tidak terhad (dalam ruang lingkup dunia sekarang).
Gunakan pemikiran diluar kotak untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih
menarik. Contohnya, jika cawan kita berbentuk silindir, apakata kita
tukarkan kepada bentuk empat segi dan jualkan kepada mereka yang
mempunyai masalah Parkinson, tentu lagi mudah untuk mereka memegangnya
bukan. (Agaknya lah, mana tahu kan?)
Melalui Masalah Yang Ada
Kita juga boleh
melihat peluang melalui masalah yang dihadapi oleh target pasaran kita
atau diri sendiri. Masalah pertama yang ringkas adalah bagaimana mahu
mengawal suami yang liar di luar rumah. Salah satu cara yang mudah
adalah memasang alat peranti GPS dan mudah dapat mengesan dimana mereka
berada, jika di masjid, sejuk perut, jika bera
da ditempat yang 'panas', suatu peringatan akan dihantar... Hehe... Nasib lah kau tunggu je bini kau mengamuk....
Melalui Keperluan Manusia
Banyak keperluan
manusia belum dipenuhi. Cuba perhatikan ditempat kita dan implement
jika tiada lagi. Contohnya Kg Orang Asli di Hutan Belum tidak dapat
menikmati kemudahan internet. Apakata kita sediakan untuk mereka. Bukan
sahaja dapat berniaga, malah dapat melabur dalam saham akhirat. Sungguh
menguntungkan bukan?
Mengkaji Selidik Barang Yang Ada
Yang ini adalah
mudah untuk diaplikasikan. Beli apa sahaja yang kamu minat dan cuba
perhatikan apa yang boleh ditambah lagi pada produk tersebut. Misal
kata tempat habuk rokok kita cuma mempunyai ruangan yang biasa-biasa,
cuba tambahkan hiasan gambar atau aksesori yang menarik disitu, pasti
mengujakan peminat kelab perokok tegar bukan?
Meneliti Permintaan Pasaran
Kita dapat
memerhatikan keperluan pasaran melalui pelbagai sumber dan pelbagai
cara. sebagai contoh mungkin sahaja orang Johor tak makan budu, tapi
tidak semestinya orang Amerika tidak makan budu. cuba kaji keperluan
mereka terhadap budu dan disitu kita akan jumpa keputusan yang sungguh
mengejutkan.
Meneliti Perkembangan Ekonomi Dan Pembangunan Negara
Negara kita
Malaysia bercita-cita untuk maju dalam tahun 2020. pastinya keperluan
untuk maju itu banyak dan menagih rakyat nya berusaha untuk mencapai
status tersebut. Peluang - peluang pasti banyak dan kita mesti
merebutnya sebanyak mungkin.
Melalui Pergaulan Harian
Melalui Bacaan
Melalui Kemahiran Yang Ada
Feasebility Study (Kajian keboleh-Berdaya Maju)
Kajian ini membawa erti samada idea yang dijana dapat dijalankan dengan baik atau sebaliknya.
Berikut adalah syarat-syarat supaya idea yang dijana itu adalah berdaya maju (viable) atau tidak.
- Memenuhi skop produk dan servis - mestilah mempunyai produk dan servis yang pada dasarnya memenuhi keperluan sasaran.
- Memenuhi kehendak industri/sasaran pasaran atau tidak - samada mempunyai pasaran atau tidak.
- Memenuhi kemampuan organisasi untuk bertindak - organisasi mempunyai keupayaan untuk menjayakan objektif kewujudan nya.
- Memenuhi kemampuan kewangan - mempunyai kewangan dan sumber yang mencukupi.
Berikut adalah proses yang perlu dijalankan untuk memenuhi kajian ini :
Penulisan Pelan Perniagaan
Pelan Perniagaan adalah bagaimana kita mahu memindahkan idea kedalam
bentuk yang lebih berstruktur dan mudah difahamai oleh orang lain. Pelan
perniagaan ini sangat penting kerana bukan sahaja akan dinilai oleh
pelabur atau pihak bank, malah adalah satu Undang-Undang Tubuh
Organisasi yang ingin ditubuhkan. Setiap ahli sama ada kecil atau besar
mestilah bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan
sebarang polisi yang yang akan diadakan mestilah berpandukan kepada
dokumen ini.
Jenis-jenis Pelan Perniagaan
Executive summaries
- Untuk memberikan gambaran tentang selurh idea yang dikemukan dengan seringkas mungkin.
Pelan Perniagaan Penuh
- Mencakupi keterangan keseluruhan aspek idea.
Pelan Perniagaan Operasi
- Mengandungi Tatacara yang perlu dipatuhi seperti yang disyaratkan
dalam Pelan Perniagaan Penuh. Biasanya untuk kegunaan dalaman sahaja.
Format pelan Perniagaan adalah seperti berikut :
- Executive Summaries
- Keterangan tentang Organisasi
- Analisis Industri/Sasara
- Kajian Pasaran
- Pelan Pasaran
- Pelan Operasi
- Pelan Pembinaan Produk
- Unjuran Kewangan
Semua perkara di atas mestilah di tulis dengan betul dan kemas
supaya idea yang ingin di sampaikan kepada audien berkesan. Selain itu
seseorang itu memtilah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan
supaya dapat menarik minat kepada pembaca (yang kebiasaannya adalah
pelabur dan ahli organisasi).
Model Perniagaan
Model Perniagaan adalah suatu gambaran mudah tentang idea yang telah
dijana yang merangkumi kesemua aspek yang perlu dipenuhi untuk memenangi
kehendak pasaran.
Berikut adalah perkara yang yang perlu dipenuhi semasa membina model perniagaan anda :
Teras Strategi
Pernyataan Misi
Produk/Servis
Keunikan Produk/Servis
Sumber Strategik
Aset Strategik
Kemampuan asas dalam bidang tersebut.
Jaringan Rakan Kongsi
Pembekal yang setia
Rakan Kongsi yang berguna
Pelanggan
Sasaran Pelanggan yang spesifik
Struktur harga yang munasabah
Kemudahan berorientasi pelanggan
Sekian Terima Kasih. Semoga Kita akan dapat manfaat daripada cebisan nukilan ini untuk masa depan kita.
Daripada,
Mohammad Rafa'ee Bin Suhaimi.
Pengarah Urusan,
Faronoft Sdn Bhd.
"Drive Bussiness Dream"
sumber: http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/