Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca Kisah Usahawan, diharap semuanya
sihat belaka. Walaupun cuaca agak panas dan kita kebanyakkan dari kita terkena
penyakit batuk. Ini tidak menghalang kita untuk meneruskan rutin harian
bekerja, belajar dan sebagainya. Cuma kita kena minum air yang secukupnya. Saya
juga baru lepas hilang batuk dan demam. Mujurlah sudah sihat dan bolehlah saya
ke pameran pengantin hujung minggu ini.
Bercerita tentang majlis perkahwinan, kita amat
sinonim dengan cincin, rantai dan barang kemas yang sudah menjadi adat dan
kebiasaan untuk diberikan sebagai hantaran. Bercerita tentang barang kemas,
kalau di Malaysia ini siapa yang tidak kenal dengan nama Habib Jewel. Nama
besar dalam industri barang kemas dan mereka lebih terkenal dengan penjualan
berlian sebagai perhiasan diri.
Kita melihat Habib Jewel setanding dengan produk luar
negara, ia nampak mewah, berkualiti dan berprestij. Sebagai syarikat barang
kemas berlian pertama di Malaysia yang tersenarai dalam bursa saham pastinya
Habib Jewel yang mempunyai prestasi tinggi di kalangan peminat berlian. Tapi
tahukah anda bagaimana ia bermula?
Bermula dengan nama M.A Habib Mohamed, ia diasaskan
pada 1958 oleh Tuan Haji Habib Mohamed di Pitt Street Pulau Pinang. Bermula
sebagai satu pernigaan keluarga, Tuan Haji Habib Mohamed Berjaya memikat hati
pelanggannya dengan sifatnya yang mendahulukan kehendak pelanggan. Beliau tidak
mempunyai ‘role model’ untuk dicontohi dalam perniagaan beliau pada ketika itu
tetapi tekad beliau adalah menjaga kehendak dan hati pelanggannya yang dianggap
sebagai aset penting dalam perniagaannya.
Dedikasi dan motivasi tinggi dalam dirinya untuk menghasilkan
corak dan produk berkualiti tinggi akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat
berlian. Bermula di Pulau Pinang, pelanggannya sudah menjangkaui luar Pulau
Pinang dan negeri-negeri di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Langit tidak
selalu cerah, pada era kejatuhan ekonomi pada tahun 1980an, Tuan Haji Habib
Mohamed berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam perniagaan.
Beliau tetap percaya bahawa kualiti produk yang baik
adalah asas untuk terus bertahan dalam perniagaan. Perniagaan Habib Jewel
mendapat nafas baru apabila anak Tuan Haji Habib Mohamed iaitu Meer Sadik mengambil
alih perniagaan ini sebagai ‘pengarah urusan’. Dengan latar belakang sebagai
gemologis daripada Gemological Institute of America dan Ijazah dalam bidang
perniagaan. Meer Sadik telah membawa Habib Jewel ke arena skala perniagaan yang
lebih besar.
Sebagai contoh, beliau telah membuat kejutan dalam
perniagaan berlian secara agresif apabila mengeluarkan iklan penuh warna satu
muka dalam akhbar The Straits Times, Singapura sehari sebelum Festival Berlian
( Jewel Fest) dibuka. Beliau juga memperkukuhkan nama Habib Jewel dengan
menjalankan usahasama dengan Pengeluar Berlian hiasan antarabangsa seperti
koleksi Queen’s Heart dan Heart on Fire dari Amerika Syarikat. Queen’s Heart
dan Heart on Fire merupakan dua entiti perniagaan berlian antarabangsa yang
menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Habib Jewel. Ini memperkukuhkan lagi
nama Habib Jewel dalam industri.
Kini, nama Habib Jewel tidak asing lagi bagi
pencipta barang kemas, bermula dari kedai kecil di Penang, namanya kini gah
seantara dunia. Semuanya bermula hanya dengan satu perkataan ‘DEDIKASI’.
sumber : http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/
sumber : http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan