Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Moga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT, pada 2
minggu yang lalu kita di gemparkan dengan berita kapal terbang MH370 yang telah
hilang dan belum ditemui. Sudah pastinya Syarikat Malaysian Airlines telah rugi
puluhan ribu ataupun boleh cecah menjadi juta.
Apa kaitan MH370 dengan Tony Fernandes pulak? Cuba bayangkan
anda memperolehi jutaan ringgit pada hari ini. Apa yang anda akan lakukan? Jika
anda berfikiran seperti seorang usahawan, mampukah anda mengandakan ia menjadi
billion ringgit? Bercerita mengenai modal, saya amat tertarik dengan seorang
usahawan anak Malaysia yang telah berjaya mengubah sebuah syarikat yang sedang
menjunam jatuh suatu ketika dahulu kepada satu jenama yang terkenal di seluruh
dunia. Bagi saya, beliau sangat bijak kerana memulakan perniagaan dengan
bermodalkan hutang sedia ada pada syarikat yang dibelinya.
Beliau ialah Tan Sri Tony Fernandes. Tan Sri Fernandes
dilahirkan pada 30 April 1964 merupakan seorang pengasas syarikat Tune Air Sdn.
Bhd. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan anak kepada Stephen Edward
Fernandes dan ibunya Ena Dorothy Fernandez. Sejak dari kecil, beliau sering
mengikuti ibunya ke majlis- majlis dan perjumpaan perniagaan memandangkan
ibunya adalah pengedar Tupperware. Mungkin dari sinilah menyemai semangat dalam
dirinya.
Lulusan Epsom College dan London School of Economics pada
1987 ini kemudiannya bekerja sebagai juruaudit dengan syarikat Virgin Atlantic.
Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi pengurus kewangan untuk Richard
Branson’s Virgin Records di London pada 1989. Setelah mendapat Associate Member
of the Association of Chartered
Certified Accountants (ACCA) pada 1991 dan menjadi Fellow Member pada
1996, beliau pulang ke Malaysia dan menjadi Managing Director di Warner Music.
Pada waktu itu, beliau merupakan Managing Director termuda dan hasil daripada
prestasi cemerlang, beliau dilantik menjadi South East Asin Regional Vice-President
untuk Warner Music Group sekitar 1992-2001.
Beliau kemudiannya meletakkan jawatan bagi mengejar
cita-citanya untuk menjalankan perniagaan dalam industri penerbangan.
Permohonan lesen untuk membuka syarikat penerbangan ditolak pada waktu itu.
Beliau tidak berputus asa dan segalanya bermula apabila peluang yang dibuka oleh
Datuk Pahamin A. Rejab, bekas Secretary General of the Malaysian Domestic Trade
and Consumer Affairs Ministry yang membawa beliau bertemu dengan Tun Dr
Mahathir Mohamad tentang perancangan beliau membeli Air Asia pada waktu itu.
Keadaan Air Asia yang merupakan syarikat kolomerat milik
kerajaan Malaysia dan DRB Hicom sangat kritikal. Dengan hutang yang menimbun
sekitar USD 1 juta. Tony menawarkan diri untuk membeli syarikat ini berserta
hutangnya sekali. Pembentangannya tentang wawasan dan pelan pemasaran yang
akhirnya membuka hati Tun Dr Mahathir untuk memberikan kepercayaan kepada
beliau tidak dipersia-siakan. Beliau bergolok gadai untuk membeli pesawat bagi
menjalankan operasi syarikat dan keadaan pada waktu itu semakin parah
memandangkan kejadian 11 September 2001 yang membuatkan orang ramai untuk
menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan.
Beliau tidak mengalah tetapi memandangkan keadaan ini dari
sudut positif. Beliau mendapati selepas 11 September , ‘leasing cost’ menurun
40% dan lambakkan pekerja pengalaman dalam industri ini meningkat. Pada waktu
itu beliau dapat melihat dari pelbagai sudut dan aspek bagi mengurangkan harga
kos penerbangan dan menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan.
Perancangannya berjaya menarik hati orang yang pertama kali menaiki pesawat
penerbangan dan ia menjadi hebahan dan kegilaan tentang tiket tambang murah
ini.
Pelan pemasaran sempurna melalui internet juga menjadi untuk
Air Asia kerana mengikut kajian, kira-kira 70%-80% pembelian di internet untuk
pasaran Malaysia adalah pembelian tiket kapal terbang Air Asia. Kejayaan beliau
semakin luas kepelbagaian bidang seperti perhotelan, sukan formula dan banyak
lagi.
Disini kita nampak bagaimana seseorang itu mampu mengubah
keadaan melalui perancangan dan penelitian yang mendalam. Apa yang penting,
beliau bertindak dan tidak mengalah dengan situasi yang pada mulanya
seolah-olah tidak memihak kepadanya.
sumber: http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/
sumber: http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan