Isnin, 24 Mac 2014

Kerja Kursus BPME2013- Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya Siti Aishah Bt Chik (222063) daripada Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan telah diberi amanah untuk melakukan tugasan individu ini. Blog ini dibangunkan untuk memenuhi syarat-syarat tugasan individu yang diberi oleh pensyarah kerja kursus BPME2013 - Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan bagi semester kedua 2013/2014. Blog ini memberi tumpuan kepada usahawan-usahawan berjaya yang masih hidup seperti Tan Sri Tony Fernandes, Faiza Bawumi Sayed Ahmad, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan Tuan Haji Habib Mohamed. Blog ini mengandungi latar belakang usahawan berkenaan, bagaimana beliau membangunkan perniagaannya dan pembangunan perniagaan beliau. Selain dari itu, blog ini juga dimuatkan dengan artikel-artikel lain yang berkaitan pembangunan perniagaan yang boleh anda buat rujukan. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan