Perniagaan
menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan yang seluruh
kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita berani
mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak,
angan-angan hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan
maruah diri sendiri yang terpaksa digadai. Perniagaan boleh diibaratkan
sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya
gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang yang bijak dalam perniagaan
mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan
impian. Seperti memiliki banglo seperti istana, memandu kereta mewah,
mempunyai kewangan yang stabil, bercuti di serata pelusuk dunia dengan
pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada topik asal, perniagaan dengan
Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan. Boleh
dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan.
Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada
golongan Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada
peluang perniagaan yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi jika kita
katakan bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh
golongan ini. Sejak awal penubuhan Tanah Melayu, golongan ini yang
datang berhijrah dari China telah memegang tampuk pentadbiran dalam urus
niaga terutamanya perusahaan lombong.
Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian
Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu
Tan Sri Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset
bernilai RM 50.04 billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah
meletakkan statusnya pada tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua
disusuli oleh seorang taikun komunikasi, T Anand Krishnan dengan aset
bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga dikuasai oleh Orang Cina
iaitu Pengerusi Public Bank, Tan Sri The Hong Piow dengan aset bernilai
RM 12.77 billion. Tangga keempat sehingga tangga keenam turut dimonopoli
golongan Cina dan tangga ketujuh adalah Orang Melayu iaitu Tan Sri Syed
Mokhtar AlBukhary daripada Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM
8.84 billion. Golongan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk terus maju dan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
Contoh
yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat pelancongan
terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai
seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk
membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia,
Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya
sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai
pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia,
kita patut berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus
maju dalam perniagaan. Mendiang Tan Sri merupakan pengasas Genting Group
dan presiden seumur hidup. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007
sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8
billion!
Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati Orang Lain
Perasaan
rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan
menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan.
Serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Jadi, wang yang
dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada
masa depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri
akan membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan
dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal,
nilai untuk menghormati orang lain jangan dilupa. Kerana nilai ini
menggambarkan sikap secara keseluruhannya. Selain itu, Tan Sri juga
mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga
akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Beliau
sendiri tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat. Kerana perkara
seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah dibina.
Seboleh-bolehnya, jauhi kelakuan ini untuk menjamin hubungan yang baik.
Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik
tidur lambat. Jika mahu berjaya dalam perniagaan, mari kita cuba tips
beliau.
Berkerja Keras & Sedaya Upaya
Orang
Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana, dunia perniagaan
menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat manis. Untuk
menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas
usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup
dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran
Orang Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu
contohnya hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas
menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak
berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk
membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja
menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal untuk
berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata
usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa
yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa
sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi
dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang. Hanya tunggu hujung
bulan apabila gaji boleh dikeluarkan.
Golongan
ini juga sentiasa bersikap tamak dan tidak pernah berpuas hati dengan
keselesaan yang sedia dinikmati. Mereka tidak pernah jemu untuk menjadi
kaya. Sikap ini menjadi pembakar semangat mereka untuk berusaha dengan
lebih gigih. Jika hendak dibandingkan dengan kaum lain seperti Melayu
sendiri, mereka akan cepat merasa puas dan selesa dengan apa yang mereka
miliki. Mereka kurang berminat untuk memperbaiki hidup yang selesa
untuk menjadi lebih selesa lagi. Itulah kelemahan kaum Melayu. Mungkin
mereka baik dalam bidang lain, bukan dalam bidang pernigaan. Rata-rata
kaum lain tidak berminat untuk menambahkan masalah sakit kepala apabila
beban dan tanggungjawab kerja semakin bertambah. Bagi kaum lain, orang
tamak selalu rugi, tetapi tidak bagi Orang Cina. Semakin tamak, semakin
baik. Orang kaya akan semakin kaya, dan orang yang malas akan terus
susah. Orang Cina bersikap tamak untuk mengumpul aset yang dimiliki dan
untuk kesenangan generasi mereka. Mungkin juga mereka dipengaruhi oleh
faktor yang telah diketahui ramai bahawa Orang Cina sangat bijak dalam
selok-belok perniagaan. Disebabkan hal inilah menjadi faktor pendorong
untuk menjadikan mereka terus kaya. Bimbang jika air muka mereka jatuh.
Amalan Menyimpan Wang
Tan
Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk
dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan
datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu
hanya kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung
rugi. Tetapi jika hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu
bertahan lama. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian
mesti disimpan secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah
pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. Apabila
melihat wang yang banyak, tanpa berfikir panjang pasti kita akan
menggunakan wang itu tanpa menyedari itu adalah wang untuk pusingan dan
pelaburan yang seterusnya. Manusia sememangnya mudah alpa, nampak sahaja
kemudahan yang ada, mulalah lupa dunia. Wang yang sepatutnya disimpan
silap-silap habis dibelanjakan pula. Apabila perniagaan semakin maju,
modal juga semakin besar. Apabila mempunyai wang yang besar untuk
dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang
kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan
yang berjaya. Dalam kata yang paling mudah, modal besar untung juga
pasti besar.
Bermula dari Bawah
Beliau
bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang
kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar
kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin
semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau
membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum
bergelar jutawan. Orang Cina berharap untuk menjadi terkenal sejak awal
pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum
dan keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila
apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali. Lihat,
sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah
bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir
telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara
tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan
peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Bermain Kotor dalam Perniagaan
Berikutnya,
beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor dalam perniagaan.
Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang diusahakan
bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya.
Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu
terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan
pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang
mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan
yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk
memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada
kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat
daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah,
jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran
ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada
semua orang adalah kuncinya.
Berani Menanggung Risko
Sebarang
kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan
menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang
cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus
dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil
idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika
dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju.
Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan
pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang
berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran
itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau
dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan.
Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari
sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga
akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang
yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga
pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset
yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel
terbesar di dunia.
Secara
kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar
diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu mempunyai
cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi
untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan
yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih
sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Sebelum itu,
rasanya kita patut membaca biografi bertajuk “Cerita Saya”.
Buku ini mengandungi kisah disebalik kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong
sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar bertaraf dunia. Tahniah!
Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
BalasPadam